Monday, October 01, 2007

Salam Kembali 

hai sume..
erm lama aku x update blog ni.. sebenarnya byk betol yg terjadi dlm hidup aku sepanjang aku x mengupdate blog ni.. dan perkara2 itu lah yg menjadi salah 1 sebab aku malas nk bukak blog.. ada jugak niat di hati nk tutup terus blog aku.. dan ingin memulakan blog yg baru..nama yg baru. tp aku sayang sgt blog ni. Aku sbnrnya byk berterima kasih pada seseorg yg telah membantu aku dlm blog. Ntah knp.. aku takut plak nk sebut nama dia. bukan apa.. terlalu byk yg da jadi..dan aku sentiasa mendoakan si dia sentiasa berada dlm keadaan yg menyenangkan.. bahagia dan segalanya akan menjadi kenyataan. sungguh..aku ikhlas..

dan bermula juga hari ini.. aku tekad utk menghidupkan kembali blog aku dgn penuh motivasi. kirenya aku mmg bertekad..utk berkongsi perasaan aku di dalam blog. insyaAllah.. semoga kerajinan aku utk mengupdate akan sentiasa ada di dalam diri aku ini.. amin...

Aku pon... setelah lama x mengupdate... ada byk perkara yg nk aku kongsikan. mst ada yg terkejut bahawa aku da bertunang... wow... aku da jadi tunangan org la... dan insyaAllah klu segalanya berjalan lancar 23 Disember ini aku akan melangsungkan perkahwinan dgn seorg lelaki yg hadir dalam hidup aku tanpa disangka. Doakan kebahagiaan aku key... Dan utk berkongsi kebahagiaan ini... aku akan mengupload gambar2 aku masa bertunang. Tungguuuu...

posted by hamyma @ 2:33 PM   0 comments


 

Thursday, June 16, 2005

Kini daku kembali 

Alhamdulillah
setelah sekian lama menyepi
kini ima kembali ke medan penulisan blog
bukan apa sblm ni ima agak bz dgn keje
lagipun tmpt keje lama kat bank islam tu
xde sediakan internet, x sama mcm sini
tp sini terhad juga,xde la boleh selalu online je
karang bos ngamuk kene buang ke
well..i'm back

muahhh

posted by hamyma @ 6:06 PM   0 comments


 

Friday, September 10, 2004

Cinta sebelum Kawin 

Cinta sebelum Kawin

(sebelum kahwin)

C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

KASIH :
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

SAYANG :
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

HATI:
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)

C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana?

tetapi yg seharusnya ialah...
C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman

S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa

H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

posted by hamyma @ 10:57 AM   0 comments


 

Makna Tersirat 

Maksud tersirat....1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke,budak pompuan tu?


2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!


3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.


4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi:Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak,basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.


6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?


7.Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. Youbaik,memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa macam nak jadi awek you je.


8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yangdulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.


posted by hamyma @ 10:54 AM   0 comments


 

Wednesday, July 28, 2004

Fakta : About .. 

1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.

2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).

3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi.

4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labah-labah daripada takut mati.

5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.

6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.

7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.

8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.

9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.

10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.

11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.

12. Semua beruang kutub adalah kidal.

13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.

14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.

15. Hampir semua pembaca email ini akan cuba untuk menjilat sikunya SEBENTAR TADI....he..he..he....betul kan...??jgn tipu..ek.... Secara JUJUR,BETUL KAN???heheheee

16.dan satu lagi semua pembaca email ni jugak mesti tengok keyboard (papan kekunci) untuk pastikan perkara 14 betul (TYPEWRITER) sebenarnya :
TYPE-WRITER-POWER-TOP-PORT-PRY-WET-TRY-WRITE-WIT-IT-OR-PRO-POW-TO-QUOTE-QUIT-PIT-ROUTE-TYPER-TROOPER-TRIP-PURR-dan lagi,lagi.lagi..

posted by hamyma @ 2:34 AM   0 comments


 

gurau2 - nak minum apa? 

I recently paid a visit to a millionaire's house, and ended up not having anything to drink despite the offer. Below is how the offer was made to me:

Question: "What would you like to have..... Fruit juice, Soda, Tea, Chocolate, Milo, or Coffee?"
Answer: "Tea please"
Question: "Ceylontea, Herbal tea, Bush tea, Honey bush tea, Ice tea or green tea?"
Answer: "Ceylontea"
Question: "How would you like it? Black or white?"
Answer: "White"
Question: "Milk, Whitener, or Condensed milk?"
Answer: "With milk."
Question: "Goat milk, Camel milk or cow milk"
Answer: "With cow milk please."
Question: "Milk from Freezeland cow or Afrikaner cow?"
Answer: "Uhmm? I will take it black."
Question: "Would you like it with sweetener, sugar or honey?"
Answer: "With sugar"
Question:" Beet sugar or cane sugar?"
Answer: "Cane sugar"
Question:" White, brown or yellow sugar?"
Answer: "Wai lau! Forget about tea just give me a glass of water instead."
Question: "Mineral water or still water?"
Answer: "Mineral water"
Question: "Flavored or non-flavored?"
Answer: "Gee! I give up just forget about everything."

posted by hamyma @ 2:28 AM   0 comments


 

Faktan : 50 facts about man n woman 

1. Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.

2. Sperma laki-laki yang menentukan jenis kelamin bayi.

3. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi laki-laki 2 bulan lebih lambat.

4. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat mengandung bayi laki-laki daripada bayi perempuan.

5. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada laki- laki dan rata-rata berat otak laki-laki + 1.4 Kg, wanita kurang dari itu.

6. Pergantian kelamin lebih banyak dilakukan lelaki.

7. Basikal laki-laki mempunyai setang/palang di tengah basikal.

8. Wanita sangat menimbang-nimbang masalah dan perubahan sehari-hari (misal : penggunaan alat baru ).

9. Pada tulang punggung manusia, wanita lebih lebar dan besar, mengikuti perkembangan tulang pinggul untuk proses persalinan. Lebih banyak timbunan lemak pada punggong, Laki-laki lebih banyak timbunan lemak pada perut.

10. Wanita kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.

11. Laki-laki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara pembicaraan wanita terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan ( intuisi ) dan kiri ( logika ) lebih sedikit pada wanita. Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada wanita.

12. Wanita lebih baik indra penciumannya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor penciuman.

13. Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh (yang menghasilkan bau badan ) daripada laki-laki.

14. Kemampuan indra lelaki untuk mengecap rasa masam, manis dan masin lebih rendah pada wanita.

15. Hubungan yang rapat/intim diluar pernikahan, laki-laki dua kali lebih banyak.

16. Lebih dari dua kali pada wanita cenderung homoseksual pada usia 45 tahun daripada laki-laki.

17. Pada saat usia tua wanita mengalami kerontokan rambut, pada usia yang sama sebagian besar laki-laki mengalami kebotakan. Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen ( hormon laki-laki ).

18. Mata laki-laki rata-rata lebih besar daripada wanita, mata wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih.

19. Lebih banyak wanita menggunakan kacamata dan lensa kontak, antara usia 16 - 44 tahun.

20. Secara umum hidung laki-laki lebih besar daripada wanita. Sedangkan wanita rata-rata mempunyai bibir lebih besar dibanding laki-laki.

21. Rata-rata pendengaran laki-laki menurun sekitar usia 32, wanita usia 37.

22. Lebih banyak wanita dapat bernyanyi tanpa suara sumbang dibanding laki-laki. Pita suara laki-laki lebih panjang dan saluran napasnya 30 % lebih besar.

23. Bagi Lelaki, jika berkomunikasi dengan sesama jenis saling berjauhan dengan ada ruang antara diantara mereka dan bereaksi negatif jika seseorang masuk di antara ruang jarak pembicaraan. Laki- laki lebih mudah tertekan pada kerumunan yang membatasi ruang geraknya.

24. Berpapasan dengan wanita pada jalanan ramai, laki-laki menghadapkan tubuhnya menghadap wanita yang dilewatinya. Wanita cenderung membalikkan badan, sering secara tidak sadar menempatkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada.

25. Wanita memproduk dua juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4 bulan ketika masih dikandung, laki-laki terus memproduksi sperma hingga usia tua.

26. Kekuatan meramas tangan laki-laki dua kali lebih kuat daripada wanita.

27. Kira-kira 48 % laki-laki mendengkur ketika tidur, hanya 22 % pada wanita.

28. Wanita rata-rata 153 detik berada di toilet, laki-laki 113 detik.

29. Hubungan keluarga yang baik meninggikan kualiti hidup: 62 % wanita, 49 % lelaki.

30. Satu berbanding empat, wanita dibanding laki-laki yang berbicara gagap.

31. 30 % wanita secara sexual lebih aktif pada saat bulan purnama.

32. Lebih banyak wanita menggunakan cincin kawin.

33. Ketika terjadi ketidak-sesuaian/tidak bertegur-sapa antara sesama jenis, laki-laki langsung menemui, wanita menjauhi.

34. Rata-rata laki-laki membaca lebih lama daripada wanita, tetapi lebih banyak dua kali wanita yang membaca daripada laki-laki.

35. Lebih dari dua kali ganda wanita yang hidup sendiri dibanding laki-laki setelah usia 65 tahun.

36. Memilih warna Merah atau Biru: Lelaki lebih banyak memilih merah, wanita warna biru.

37. Semua rekod Olimpik untuk kecepatan berenang, lari, lompat tinggi, lompat jauh dipegang atlet laki-laki.

38. Wanita lebih banyak menggunakan kataganti diri "Saya" dibanding laki-laki.

39. Laki-laki lebih baik dalam membaca peta dan dalam keahlian ukur ruang. Laki-laki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan (abstrak dan logika) pada waktu bersamaan.

40. Dalam 99 % pereputan tulang terjadi pada wanita setelah menopause,setelah hormon estrogen menurun. Tetapi wanita lebih sedikit mengalami pengerasan pembuluh darah, karena estrogen menjaga pembuluh darah lebih lentur dan menolong mencegah naiknya kholestrerol.

41. Penelitian di Amerika, wanita menggunakan waktu hampir dua kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding lelaki.

42. Perkawinan yang memuaskan lebih banyak terjadi pada lelaki dengan usia lebih tua, dibanding pada wanita pada usia sama.

43. Lebih banyak wanita yang menyatakan dirinya sakit kronik daripada lelaki.

44. Penelitan di Australia, tiga kali ganda laki-laki dibanding wanita yang meninggal karena kanser paru-paru dan penyakit jantung.

45. Tetapi 2446 wanita berbanding 16 lelaki yang meninggal karena kanser payudara pada tahun 1990.

46. Dalam status perkawinan, lelaki meningkatkan usia harapan hidup. Tetapi bagi wanita pula, usia harapan hidup lebih tinggi jika hidup sendiri.

47. Penelitian di Australia, pembunuhan dilakukan 86 % oleh laki-laki, 95 % penghuni penjara adalah lelaki.

48. Penelitian di England, anak laki-laki lebih mudah dibohongi /dipedaya daripada anak perempuan.

49. Wanita lebih berani, lebih dari 55 % wanita memeriksakan giginya secara rutin dibanding 40 % pada lelaki.

50. Wanita secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.

posted by hamyma @ 2:23 AM   0 comments


 

Sunday, July 18, 2004

Kata2 : kita lebih tp kurang 

Paradoks Milenium Baru
            Kita memmpunyai bangunan yang lebih tinggi tetapi memilikidaya tahan yang rendah
            jalan2 lebih lebar tetapi pandangan semakin sempit
            kita berbelanja lebih tetapi pendapatan kurang 
            kita lebih membeli  tetapi kurang menikmati
            kita lebih selesa tetapi kurang masa
            kita mempunyai kelulusan tinggi tetapi kurang berfikir
            lebih banyak pengetahuan tetapi kurang penghayatan
            lebih ramai pakar tetapi lebih banyak masaalah
            lebih banyak ubat tetapi kurang sihat 
            kita belajar untuk hidup tetapi bukan untuk kehidupan 
            kita telah berulang alik kebulan tetapi sukar untuk bertemu tetangga baru
            kita telah menakluki ruang angkasa lepas tetapi bukan ruangdalam diri
            kita belajar untuk berkejar tetapi tidak belajar untukmenunggu
            kita mempunyai ramai kenalan tetapi bukan sehabat
            kita memandang berat pada kuantiti tetapi memandang ringanpada kualiti
            sekarang adalah zaman makanan segera tetapi penghadaman yanglambat
            lebih banyak makan tetapi kurang zat
            berjaga lewat malam, selalu keletihan, sangat kurang membaca,
            terlalu banyak menonton tv dan JARANG BERDOA
 
dan seperti mana kata2 Abraham Lincoln 'kita mungkin bolehmembohongi sesetengah orang pada sesetengah masa tetapi tidak boleh untukmembohongi semua orang untuk sepanjang masa"            

posted by hamyma @ 3:56 PM   1 comments


 

Jenaka : Tahukan Anda? 

Tahukah Anda
Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filemLa Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalambahasa melayu pula, ayah kepadaseorang budak yang bernama Razzi juga bolehdikenali dengan nama papa Razzi.
 
Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripadapenggunaan susu cap bendera.
 
Tahukah Anda perkataan May Day yang diulang sebut ketika berlaku kecemasan,baik di laut atau udara berasal daripada bahasa Perancis M'aidez yangbermaksud ''tolong saya''. Perkataan Mydin yang tertera pasa Pasaraya Mydinpula bukan bermaksud ia dimiliki oleh pelawak terkenal Maideen ataubermaksud memanggil Mydin mamak bertandang ke E-kl atau room KL.
 
Tahukah Anda Persatuan Cintai Hidupan Liar diasaskan oleh Richard Martindari Ireland pada tahun 1824. Lagu Bola Sepak Dunia 1998 yang ditujukan khasbuat pemain, peminat serta persatuan2 bolasepak amnya pula dinyanyikan olehRicky Martin.
 
Tahukah Anda hanya enam bahasa digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsaersatu (PBB) iaitu bahasa Inggeris, perancis, Arab, Cina, Rusia dan epanyol.ianya akan bertambah menjadi tujuh bahasa jika ada perwakilan angmenggunakan bahasa pasar atau bahasa kesat. (bahasa yang ke tujuh anya biasadigunakan room dot dot dot)
 
Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalahkaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak samajadi tentunya besarnya juga tidak sama.
 
Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani.Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besilain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
 
Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicakmenyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supayabenda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu iatidak akan diekori lagi.
 
Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluarkadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silapwalaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyaialamatnya yang tersendiri sebenarnya.
 
Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir samawalaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orangyang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
 
Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masihaktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumahkita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
 
Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit,pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
 
Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, ahlak kereta kebaladalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernahmembanggakan diri dan riak akan kekebalannya.
 
Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakansewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupakekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

posted by hamyma @ 3:30 PM   0 comments


 

Resipi : Daging Masak Hitam 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
 
Resepi hari ini ialah Daging Masak Hitam
 
Bahan-Bahan:
 
1 kg daging (dipotong nipis)

3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
Minyak masakĀ½ cawan
kicap pekat
Air asam jawaGaram

Bahan dikisar:
4 biji bawang besar
3 inci halia
4 ulas bawang putih
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
20 biji cili kering
 
Cara Menyediakannya:
 
Daging direbus hingga empuk bersama bawang besar, halia bawang putih dan jintan manis yang telah dikisar.Bila daging empuk, masukkan kicap.Tumis bunga lawang, kulit kayu manis, bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris hingga garing. Masukkan cili yang telah dikisar.Akhir sekali, masukkan daging yang telah direbus, air asam jawa dan garam secukup rasa.Biarkan hingga mendidih.

Apabila sudah masak, bolehlah dihidang.

posted by hamyma @ 3:26 PM   0 comments


 

Resepi : KEK COKLAT LEMBAB  

Salam sejahtera buat semua kengkawan di rilexjap. Di sini saya ingin berkongsi resipi yang mudah dan cepat untuk membuat Kek Coklat Lembab. Kos untuk membuatnya tak lah mahal dan rasanya juga emmmmm sedap!! kalau nak tahu cubalah membuatnya di cuti hujung minggu ni. 
KEK COKLAT LEMBAB 
Bahan bahannya : 
Bahan A 
100 gram gula castor
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu segar 
 
Bahan B 
300 gram gula castor
250 gram butter
6 biji telur ayam
250 gram tepung gandum
2 sudu teh baking powder 
 
Caranya : 
Bahan A dimasak diatas api sederhana. Jadikan sirap koko dan biarkan sejuk, ketepikan. Putar butter bersama gula hingga kembang.  Masukkan telur sebuji demi sebiji. Masukkan sirap koko dan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit. Kacau sebati. Masukkan ke dalam loyang dan bakar dalam oven bersuhu 175 degree celcius selama 1 jam.  
 
Untuk mencantikkan lagi kek anda, bolehlah dihias bersama toping (menggunakan coklat masakan) mengikut citarasa puan puan. 
 
sekian, selamat mencuba.

posted by hamyma @ 3:19 PM   0 comments


 

Tazkirah : Setann 

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita
-    pintu marah

-    cinta dunia
-    kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
-    panjang angan-angan
-    rakus
-    bakhil
-    suka pada pujian
-    riak
-    ujub (merasa kagum)
-    takut dan gelisah
-    buruk sangka
-    memandang rendah pada orang lain
-    merasa suka pada dosa
-    merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
-    putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan
-    Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)

-    Banyakkan berzikir
-    Banyakan Beris! tigfar
-    Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
-    Jangan tidur berseorangan
-    Baca doa pagi dan petang
-    Bersugi
-    Melaksanakan solat jemaah
-    Berwudhuk sebelum tidur
-    menutup aurat
-    Membaca doa masuk tandas.
-    Banyak berselawat pada hati
-    Bertaubat, beristighfar
-    Banyakan baca Al-Quran
-    Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan
-    Rumah yang bersih

-    Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
-    Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
-    Penghuninya jujur dan memenuhi janji
-    Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
-    Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)

-    Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

posted by hamyma @ 3:09 PM   0 comments


 

Saturday, July 17, 2004

gurau2 je : pemenang AF 

Berita AF
berita terkini : setelah dilakukan beberapa kali audition dan ujibakat akhirnya telah ditemui 3 peserta yg betul2 layak ke final,dgn nyanyian yg hebat,wajah yg memukau,ini dia ditampilkan juara Akademi Fantasiam Cik Mona Nyok Nyet..
 



posted by hamyma @ 4:25 PM   0 comments


 

Monday, July 12, 2004

DAH SAMPAI SERU? 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan,hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? coba kita lihat...dan manakah pilihan kita???
> > >
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan. Atau rajin hadir di SEX party.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar
jika bangkrup.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana BEAUTY/BODY, pasangan bakal lari
jika rambut beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ANAK, maka pasangan akan cari
alasan utk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPRIBADIAN, pasangan akan lari
jika orang berubah tingkah lakunya.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang
dicintai pasti MATI / PERGI.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kpd makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

posted by hamyma @ 8:43 PM   0 comments


 

Stesen TV mana nak buat?

1. Who will become an Ustaz

Reality show yang menampilkan peserta 12 lelaki yang akan bersaing untuk
menjadi seorang Ustaz. Mereka akan ditempatkan disebuah madrasah dan akan
diuji ketahanan dari segi membaca alquran, menunaikan sembahyang wajib,
menunaikan sembahyang sunat, azan dan lain lain... Setiap minggu akan di
akan pertandingan memberi tazkirah di hadapan penonton yang juga akan
disiarkan live dikaca Televison.. Peserta akan dinilai oleh juri
profesional (30%) dan sms penonton (70%) pemenang akan mendapat pakej haji
percuma.

2. Akademi Islamiah

Reality show yang mengambil 12 budak budak yang telah sesat dan rosak
akhlaknya.. Mereka akan ditempatkan di sebuah banglo, dan akan diajar cara
hidup islam. Setiap minggu mereka harus menunjukan apakan kepakaran dalam
islam yang telah mereka pelajari, dihadapan penonton secara live. SMS
penonton akan menentukan peserta yang layak untuk menang (pilih berdasarkan
taraf keinsafan mereka). Mereka menangis kerana menginsafi dosa lalu
mereka. Mereka akan 'dikurung' dan dipacakkan dengan 13 kamera CCTV.

3. Muslim Idol

Reality show untuk mencari penceramah Islam terbaik di malaysia. Peserta
yang dapat memberi ceramah yang mengusik jiwa penonton akan mara
keperingkat seterusnya hingga ke akhir. Peserta diadili oleh penonton
melalui sms. Pemenang akan mendapat peluang merakamkan lagu nasyid dan juda
CD ceramahnya.

4. Bintang RTM (Remaja Tahu Mengaji)

Sebuah lagi program dari stesen kerajaan Islam Hadhari kita iaitu berbentuk
program tahu mengaji. Peserta diajar cara membaca secara tartil,bertajwid
dengan betul,menghafaz Quran dan berlagu. Peserta yang berjaya akan
mendapat cahaya nur Quran.

5. Audition

Rancangan ini berbentuk audition untuk meneruskan pengajian dalam bidang
agama samada IPT dalam negeri atau pun luar negeri. Tajaan akan diberikan
kepada yang berjaya. Syarat layak masuk kepada semua yang cintakan Islam
dan para pendokong Islam.


posted by hamyma @ 8:27 PM   0 comments


 

[ my msg box ]

Powered by Blogger

+About Me+
::name::
ima/im/eemon
::location::
here/cheras
::besday::
kay ell/9th April
::fanatik::
game/shopping/cinema
::alergik::
smoker/liar/tension/money
::myself::
cute(??)/manja/sensitive/lover
::myWish::
Job(waaa!!)/Wira/oWn mOnEy

+Others Blog+
mr.syamay | may ::
syazwan | w-E-a ::
syafirul | putera+kl ::
jenab | key+nab ::
++ 10 more blogs need ::


hamyma.blogspot.com | resolution 1024x768 | copyright 2004 reserved