Sunday, July 18, 2004

Jenaka : Tahukan Anda? 

Tahukah Anda
Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filemLa Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalambahasa melayu pula, ayah kepadaseorang budak yang bernama Razzi juga bolehdikenali dengan nama papa Razzi.
 
Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripadapenggunaan susu cap bendera.
 
Tahukah Anda perkataan May Day yang diulang sebut ketika berlaku kecemasan,baik di laut atau udara berasal daripada bahasa Perancis M'aidez yangbermaksud ''tolong saya''. Perkataan Mydin yang tertera pasa Pasaraya Mydinpula bukan bermaksud ia dimiliki oleh pelawak terkenal Maideen ataubermaksud memanggil Mydin mamak bertandang ke E-kl atau room KL.
 
Tahukah Anda Persatuan Cintai Hidupan Liar diasaskan oleh Richard Martindari Ireland pada tahun 1824. Lagu Bola Sepak Dunia 1998 yang ditujukan khasbuat pemain, peminat serta persatuan2 bolasepak amnya pula dinyanyikan olehRicky Martin.
 
Tahukah Anda hanya enam bahasa digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsaersatu (PBB) iaitu bahasa Inggeris, perancis, Arab, Cina, Rusia dan epanyol.ianya akan bertambah menjadi tujuh bahasa jika ada perwakilan angmenggunakan bahasa pasar atau bahasa kesat. (bahasa yang ke tujuh anya biasadigunakan room dot dot dot)
 
Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalahkaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak samajadi tentunya besarnya juga tidak sama.
 
Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani.Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besilain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
 
Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicakmenyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supayabenda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu iatidak akan diekori lagi.
 
Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluarkadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silapwalaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyaialamatnya yang tersendiri sebenarnya.
 
Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir samawalaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orangyang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
 
Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masihaktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumahkita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
 
Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit,pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
 
Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, ahlak kereta kebaladalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernahmembanggakan diri dan riak akan kekebalannya.
 
Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakansewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupakekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

posted by hamyma @ 3:30 PM   0 comments


 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

[ my msg box ]

Powered by Blogger

+About Me+
::name::
ima/im/eemon
::location::
here/cheras
::besday::
kay ell/9th April
::fanatik::
game/shopping/cinema
::alergik::
smoker/liar/tension/money
::myself::
cute(??)/manja/sensitive/lover
::myWish::
Job(waaa!!)/Wira/oWn mOnEy

+Others Blog+
mr.syamay | may ::
syazwan | w-E-a ::
syafirul | putera+kl ::
jenab | key+nab ::
++ 10 more blogs need ::


hamyma.blogspot.com | resolution 1024x768 | copyright 2004 reserved