Monday, July 12, 2004

Stesen TV mana nak buat?

1. Who will become an Ustaz

Reality show yang menampilkan peserta 12 lelaki yang akan bersaing untuk
menjadi seorang Ustaz. Mereka akan ditempatkan disebuah madrasah dan akan
diuji ketahanan dari segi membaca alquran, menunaikan sembahyang wajib,
menunaikan sembahyang sunat, azan dan lain lain... Setiap minggu akan di
akan pertandingan memberi tazkirah di hadapan penonton yang juga akan
disiarkan live dikaca Televison.. Peserta akan dinilai oleh juri
profesional (30%) dan sms penonton (70%) pemenang akan mendapat pakej haji
percuma.

2. Akademi Islamiah

Reality show yang mengambil 12 budak budak yang telah sesat dan rosak
akhlaknya.. Mereka akan ditempatkan di sebuah banglo, dan akan diajar cara
hidup islam. Setiap minggu mereka harus menunjukan apakan kepakaran dalam
islam yang telah mereka pelajari, dihadapan penonton secara live. SMS
penonton akan menentukan peserta yang layak untuk menang (pilih berdasarkan
taraf keinsafan mereka). Mereka menangis kerana menginsafi dosa lalu
mereka. Mereka akan 'dikurung' dan dipacakkan dengan 13 kamera CCTV.

3. Muslim Idol

Reality show untuk mencari penceramah Islam terbaik di malaysia. Peserta
yang dapat memberi ceramah yang mengusik jiwa penonton akan mara
keperingkat seterusnya hingga ke akhir. Peserta diadili oleh penonton
melalui sms. Pemenang akan mendapat peluang merakamkan lagu nasyid dan juda
CD ceramahnya.

4. Bintang RTM (Remaja Tahu Mengaji)

Sebuah lagi program dari stesen kerajaan Islam Hadhari kita iaitu berbentuk
program tahu mengaji. Peserta diajar cara membaca secara tartil,bertajwid
dengan betul,menghafaz Quran dan berlagu. Peserta yang berjaya akan
mendapat cahaya nur Quran.

5. Audition

Rancangan ini berbentuk audition untuk meneruskan pengajian dalam bidang
agama samada IPT dalam negeri atau pun luar negeri. Tajaan akan diberikan
kepada yang berjaya. Syarat layak masuk kepada semua yang cintakan Islam
dan para pendokong Islam.


posted by hamyma @ 8:27 PM   0 comments


 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

[ my msg box ]

Powered by Blogger

+About Me+
::name::
ima/im/eemon
::location::
here/cheras
::besday::
kay ell/9th April
::fanatik::
game/shopping/cinema
::alergik::
smoker/liar/tension/money
::myself::
cute(??)/manja/sensitive/lover
::myWish::
Job(waaa!!)/Wira/oWn mOnEy

+Others Blog+
mr.syamay | may ::
syazwan | w-E-a ::
syafirul | putera+kl ::
jenab | key+nab ::
++ 10 more blogs need ::


hamyma.blogspot.com | resolution 1024x768 | copyright 2004 reserved